Manusia bersifat mudah marah dan kemudian hilang kemarahannya. Berapa lamakah tempoh kemarahannya hilang adalah bergantung kepada individu dan situasi. Lagi cepat lagi bagus. Marah yang tidak boleh dikawal dan berpanjangan boleh memberi kesan negatif kepada diri sendiri dan orang lain.
Kita bukan tidak boleh marah tetapi biarlah berasas dan kena pada tempatnya. Seorang ibu marah ada asasnya apabila memarahi anaknya tidak mahu menggosok gigi ketika hendak tidur. Seorang bapa memarahi anaknya kerana suka mengusik adiknya yang sedang membaca buku. Kemarahan seperti itu sebagai bentuk mendidik dan mencegah mereka daripada melakukan amalan yang tidak baik.
Paling ditakuti adalah marah yang kita tidak boleh kawal dengan cepat kerana banyak keburukannya. Cuba bayangkan anda sedang mop lantai rumah tiba-tiba anak anda memijak lantai itu kerana dia hendak pergi ke dapur. Anda menegurnya dan dia menjawab. Anda meninggikan suara dan dia terus juga menjawab. Anda sedang memegang batang mop dan jika anda tidak segera mengawal kemarahan itu pasti batang mop itu akan hinggap di tubuh anak anda. Dia cedera atau tulang tangannya patah dan anda pastinya panik dan menyesal.
Ketika itu menyesal sudah tiada guna lagi kerana anak anda sedang dalam kesakitan dan memerlukan rawatan di hospital atau klinik berdekatan. Mengawal kemarahan bukan sahaja akan menjadikan diri anda tenang tetapi juga sihat dan ceria.

No comments:
Post a Comment