Jika ditanya pada sesiapa pun sama ada ia mahu mencapai kejayaan atau tidak, selagi ia masih waras, sudah pasti jawapannya ialah ya atau mahu.
Anda pasti mahu mencapai kejayaan seperti orang-orang yang telah berjaya.
Anda pasti mahu mencontohi diri anda seperti orang yang telah berjaya.
Anda mahu menjadi seorang yang berjaya dalam bidang perniagaan, usahawan, jutawan, ilmuan, ulamak, pakar, saintis, pensyarah, doktor, jurutera, peguam, akauntan, ahli ekonomi dan sebagainya.
Sesungguhnya tidak ada perkara yang mustahil dan anda boleh mencapai apa yang diidam-idamkan itu dengan syarat anda perlu memahami dan sedar bahawa setiap kejayaan yang hendak dicapai bukanlah mudah.
Anda harus melalui jalan yang berliku-liku, banyak halangan dan pelbagai kesukaran sebelum anda berjaya atau seperti ungkapan Inggeris yang popular - no pain no gain.
Jika anda sanggup melalui semuanya itu dan terus tidak mengenal putus asa, insya Allah anda akan berjaya kerana Allah sentiasa memberi rahmat kepada orang yang berusaha dengan sepenuh hati dalam mengejar sesuatu yang anda cita-citakan.
No comments:
Post a Comment