Doa bermaksud memohon sesuatu dengan Allah.
Semua orang boleh berdoa tanpa mengira siapanya kita sama ada muda atau tua; miskin atau kaya; susah atau senang; berkedudukan rendah atau tinggi dan walau di mana sahaja kita berada.
Allah akan mendengar semua doa hamba-hambaNya itu kerana sesungguhnya Ia Maha Pendengar.
Allah berfirman:
Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Al-Ghāfir: Ayat 60)

Akan tetapi bukan semua doa yang kita pohon diterima oleh Allah.
Antara doa yang mudah diterima oleh Allah ialah doa orang yang beriman, bertaqwa, orang yang dianiayai, dizalimi dan juga berdoa di tempat-tempat dan waktu-waktu tertentu.
Bagi orang yang beriman pula, doa mereka merupakan senjata kerana Allah mudah menerima doa orang-orang yang beriman.
Oleh itu, bagi memudah doa kita diterima Allah, kita hendaklah melaksanakan kehidupan harian kita ke arah memenuhi ciri-ciri orang yang beriman.
Antara ciri-ciri orang yang beriman ialah ia hendaklah sentiasa melaksanakan apa yang Allah suruh dan meninggalkan semua perkara yang dilarang.
No comments:
Post a Comment