Apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas seseorang seperti dipukul, dicuri, dirampas, dimaki, dihina, diumpat, difitnah, dianiayai atau dizalimi biasanya orang ramai akan bersimpati dan kasihan kepada mangsa. Jarang sekali kita mendengar ada orang yang akan bersimpati dengan si pelaku.
Sebenarnya kita harus kasihan kepada kedua-dua pihak kerana:
a) Mangsa - Anda semestinya bersedih dan menderita kerana merupakan mangsa kepada kejadian yang berlaku tetapi anda hendaklah bersabar dan tabah menghadapinya. Lambat laun anda akan diberi ketenangan dan kegembiraan oleh Allah.
b) Pelaku - Jika anda sebagai pelaku iaitu orang yang bertanggungjawab menyebabkan orang lain menjadi mangsa kesusahan dan kesedihan maka anda juga seharusnya perlu dikasihani. Mengapakah anda perlu dikasihani sedangkan andalah yang menjadi punca orang lain menderita? Sebabnya Allah tidak akan membiarkan pelaku bertindak sesuka hati dan ia akan mendapat balasan daripadaNya cuma lambat laun sahaja. Ini bermakna betapa kasihannya anda yang sedang menunggu untuk menerima balasan daripada Allah dan sudah tentu giliran anda pula untuk bersedih dan menderita.
Itulah kebesaran dan keadilan Illahi, setiap perbuatan baik atau jahat walaupun setitik tinta pun pasti akan mendapat balasan dariapadaNya di dunia dan akhirat.
Oleh itu anda hendaklah sentiasa membuat baik kepada sesama manusia dan Tuhan Yang Maha Esa agar hidup anda memperolehi keberkatan dan kerahmatan.
No comments:
Post a Comment