Tingkah laku anda atau rakan sekerja atau boss anda semasa mula bertugas sehinggalah melangkah ke alam persaraan adalah berbeza. Biasanya kita akan mengalami empat tahap kelakuan iaitu:
a) Tahap Satu: Kelakuan seperti adik-adik.
Sifat adik-adik biasanya suka menyalahkan abang, kakak dan ibu bapa. Ia susah hendak menerima dan memahami apa yang dilakukan oleh pihak yang lebih tua daripadanya.
Contohnya katakan longkang di kawasan rumah anda tersumbat, adik-adik akan berkata, "Kenapalah abang-abang tak tolong betulkan longkang yang tersumbat itu. Takkan nak kena tunggu ayah suruh baru nak buat."
Samalah juga jika kita perhatikan pekerja baru, ia tidak berapa boleh menerima sesuatu aktiviti atau sistem yang sedia ada dan kadang-kadang menganggapnya sebagai ketinggalan zaman. Padanya tindakan pembetulan hendaklah dilakukan segera dan ia suka melepaskan perasaan dan pandangannya kepada orang lain.
b) Tahap Dua: Kelakuan seperti abang atau kakak
Sifat abang atau kakak biasanya suka berleter dan sering memarahi adik-adiknya jika sesuatu kerja tidak dapat disiapkan. Ia akan berpuas hati jika setiap kerja yang dilakukan dapat dibantu oleh adik-adiknya.
Dalam kes longkang tersumbat tadi, abang atau kakak akan berkata, "Mana hilangnya budak-budak ni, asyik merayau saja. Kalau aku tak buat memang tak jalan kerja ni. Semuanya tak boleh diharap."
Cuba anda perhatikan apabila pekerja itu sudah menjadi senior yang berkhidmat melebihi 10 tahun, biasanya ia akan sering menyalahkan pekerja bawahannya jika sesuatu tugas atau program tidak dapat disiapkan atau dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Ia beranggapan pekerja bawahannya tidak dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sepenuhnya jika ia tidak bersuara.
c) Tahap Tiga: Kelakuan seperti bapa
Sifat bapa biasanya lebih kepada mengambil tindakan untuk mengatasi masalah. Ia tidak perlu menunggu kehadiran semua anak-anaknya untuk menyelesaikan sebarang masalah kerana yang penting ialah kerja dapat disiapkan segera walaupun hanya dengan beberapa orang anaknya.
Dalam contoh longkang tersumbat tadi bapa akan berkata, "Kalau abang atau kakak tak ada kat rumah tak apa kerana mungkin masing-masing ada urusan hendak mereka selesaikan. Kita atasi masalah ini dengan menggunakan tenaga yang masih tinggal.
Sikap seperti ayah ini biasanya dimiliki oleh pekerja yang sudah berkhdmat melebihi 20 tahun. Setiap tugas yang diberi akan dilaksanakan dengan menggunakan khidmat pekerja yang masih berada atau tinggal. Ia tidak menunggu untuk melaksanakannya sehingga pekerjanya pulang dari tugas luar kerana baginya sebarang kerja mampu dilakukan oleh pekerja lain.
d) Tahap Empat: Kelakuan seperti atuk
Sifat atuk biasanya sangat tenang, perlahan, tunggu dan lihat. Bila ada masalah ia tidak bertindak tergesa-gesa kecuali mendatangkan bahaya baru ia bertindak dengan segera.
Dalam kes longkang tersebut tadi atuk akan berkata, "Biarlah ia tersumbat asalkan ia tidak mendatangkan bahaya kepada sesiapa. Kalau semua orang dah ada barulah baiki. Tak usahlah kecoh-kecoh, nanti malu kalau orang dengar."
Sifat ini biasanya akan berlaku apabila seseroang pekerja cuma tinggal beberapa tahun sahaja akan bersara. Setiap masalah dan tugasan akan diselesaikan berdasarkan kemampuan. Kerja boleh ditangguhkan jika tidak ada pekerja yang mencukupi asalkan tiada ancaman. Ini tidak bermakna ia tidak mahu menyelesaikan masalah tetapi ia menimbangkan pelbagai aspek sebelum melakukan sesuatu.
Justeru itu tanyalah diri anda berapakah umur anda dan sudah berapa lamakah anda bekerja. Selepas itu fikirkanlah di tahap manakah anda berada sekarang dan adakah ianya di tahap yang sebenar atau tidak. Sekiranya anda merupakan pekerja yang baru tetapi berlakuan di tahap yang lebih tinggi, ia adalah satu kelebihan kepada diri anda.
Akan tetapi jika anda sudah lama bekerja tetapi berperangai seperti di tahap baru maka anda hendaklah memperbetulkannya dengan segera bagi mengelakkan diri anda daripada tertekan dan stress. Pekerja anda juga mungkin berpendapat bahawa anda masih belum matang kerana umur dan pengalaman sahaja yang lebih tetapi perangai masih di tahap lama.
Oleh itu anda hendaklah sentiasa berkelakuan yang selari dengan perkembangan umur dan pengalaman anda selama anda bekerja.

No comments:
Post a Comment