Kita sering mendengar orang berkata, "Boss, sebenarnya saya belanja makan atau belikan baju untuk boss ni adalah ikhlas."
Adakah anda terfikir bahawa ia ikhlas atau tidak?
Jawabnya mungkin ya atau tidak. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ada juga orang berkata kalau seseorang mengatakan yang ianya ikhlas bermakna ia sebenarnya tidak ikhlas. Ikhlas tidak perlu diberitahu kepada seseorang yang kita berikan kerana ikhlas itu datang daripada hati yang suci dalam diri seseorang.
Ikhlas bererti kita membuat, melaku, memberi, menyumbang atau membantu seseorang tanpa mengharapkan sesuatu atau balasan. Jika ia mempunyai sedikit sahaja tujuan untuk mendapat balasan atau ganjaran bererti sudah cukup untuknya disifatkan sebagai orang yang tidak ikhlas.
Rakan-rakan saya pernah menceritakan kepada saya bahawa semasa Encik Imran masih menjadi ketua di sebuah jabatan kerajaan, setiap tahun sewaktu dalam bulan Ramadhan beliau diberi pelbagai buah tangan kononya sebagai tanda ikhlas daripada ketua-ketua cawangan seluruh negara. Walaupun Imran bukanlah orang yang suka menerima sumbangan tersebut tetapi terpaksa menerimanya kerana anak-anak buah bertegas mengatakan bahawa pemberian itu adalah ikhlas. Bukan setakat dirinya menerima sumbangan tetapi juga isterinya menerima walaupun rimas dibuatnya untuk menerima sumbangan Raya yang datang tanpa diminta.
Sebaik sahaja bersara Imran mendapati tiada lagi anak-anak buahnya yang datang ke rumahnya untuk menghulurkan buah tangan seperti sebelumnya. Bahkan bertanya khabar langsung tidak ada sama ada melalui telefon mahu pun sms.
Berdasarkan cerita di atas dapatlah kita rumuskan bahawa anak-anak buahnya yang memberi sumbangan itu bukanlah merupakan orang yang ikhlas kerana mereka hanya memberi pada masa Imran masih berkuasa. Jika mereka itu ikhlas sudah pasti semasa Imran bersara pun mereka masih memberi sumbangan Raya.
Dalam konteks ibadah pula Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162).
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Al-Bayyinah: 5)
Sabda Rasulullah saw:
“Ikhlaslah dalam beragama; cukup bagimu amal yang sedikit.”
Oleh itu jika kita hendak menjadi orang yang ikhlas, kita hendaklah membuat sesuatu kerana Allah dan tidak mengharapkan sesuatu ganjaran daripada seseorang.

No comments:
Post a Comment