Seorang ketua di sebuah organisasi hendak bersara kira-kira dalam masa setahun. Ia mempunyai dua orang timbalan untuk menggantikannya. Siapa yang dapat adalah rezekinya.
Dalam tempoh tersebut beberapa pegawai bawaanh mereka tidak dapat kepastian timbalan yang mana satukah akan bejaya. Mereka telah membaca kedua-dua timbalan itu dalam pelbagai aspek termasuk hobi masing-masing. Mereka mendapai Timbalan A meminati memancing ikan dan Timbalan B pula suka mengayuh basikal.
Pegawai-pegawai bawahan tersebut telah membeli kedua-dua peralatan memancing dan juga basikal. Bijaknya mereka mengatur strategi bagaimana hendak menjaga hati kedua orang timbalan yang sedang bersaing itu. Mereka telah membahagikan masa pada setiap hujung minggu untuk pergi memancing bersama dengan Timbalan A dan pada hujung minggu berikut akan bersama pula dengan Timbalan B untuk mengayuh basikal. Begitulah seterusnya setiap pusingan mereka boleh bersama kedua-dua timbalan itu.
Setelah ketua itu bersara didapati Timbalan A telah berjaya menewaskan Timbalan B. Akibatnya pegawai-pegawai tersebut tidak lagi mengayuh basikal kerana setiap hujung minggu mereka akan pergi memancing dengan Timbalan A yang baru berjaya itu. Walaupun berkali-kali mereka dipelawa dan diajak oleh Timbalan B untuk mengayuh basikal namum mereka tetap tidak melayannya kerana mereka takut ketua baru itu akan tahu dan berkecil hati terhadap mereka. Mereka percaya sekiranya ketua itu berkecil hati boleh memberi kesan kepada karier mereka seperti mungkin akan ditukar atau peluang untuk kenaikan pangkat mereka akan terjejas.
Waduh betapa takutnya mereka kepada manusia sehingga boleh terlupa bahawa ketua mereka juga merupakan makhluk Allah yang amat kerdil dan sama seperti makhluk lain disisiNya. Sedarkah mereka yang memberi rezeki sebenarnya Allah dan manusia hanya sebagai pemegang amanah sahaja. Jika manusia silap dan salah dalam memgang amanahNya maka lama-lamaan ia akan ditarik balik dan akan diberi pula kepada orang lain sebagai pemegang amanah. Allah juga boleh menarik rezeki jika seseorang tidak lagi takut kepadaNya tetapi takut kepada manusia lain.
Anehnya jika mereka ditanya adakah mereka takut kepada Tuhan atau pada manusia? Pasti jawapannya ialah mereka takut pada Allah. Akan tetapi rupa-rupa mereka tak sedar bahawa perbuatan yang mereka lakukan itu tidak serupa dengan apa yang mereka cakapkan!
Oleh itu percayalah bahawa jika kita takut rezeki terjejas kerana kita takut kepada manusia maka lambat laun pasti Allah akan menarik semula rezeki itu (mungkin dengan cara yang lain) kerana sesungguhnya rezeki, jodoh dan mati itu adalah ditangan Allah swt.
No comments:
Post a Comment