Visi merupakan sesuatu yang anda mimpi atau idamkan untuk anda capai atau miliki dalam jangka panjang. Biasanya melebihi 10 tahun. Mungkin hari ini anda merasakan mustahil untuk dicapai dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang tetapi memandangkan dalam masa tersebut pelbagai perubahan boleh berlaku maka tempoh tersebut sudah tidak lagi mustahil.
Visi boleh dibuat untuk diri, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara. Ia perlu dilakukan kerana dengan adanya visi anda akan dapat merancang dan berusaha ke arah visi tersebut.Ini sudah pasti dapat membantu anda melakukan sesuatu dengn lebih baik kerana anda tahu ke manakah anda sedang menuju. Hidup tanpa arah boleh menyebabkan kehidupan anda menjadi sukar dan tidak seronok.
Visi perlu jelas dan tidak panjang iaitu memadai dengan satu atau dua baris ayat. Perkataan tahun hendaklah dinyatakan dan biarlah ia mampu dicapai dalam jangka panjang. Contoh visi ialah:
a) Diri sendiri
- Menjadi seorang jutawan yang beriman menjelang 2030
- Menjadi ulamak terkenal panda tahun 2035
- Menjadi doktor pakar menjelang tahun 2040
b) Keluarga
- Mewujudkan keluarga misali menjelang 2030
- Menjadi sebuah keluarga kaya yang bahagia menjelang 2025
- Menjadi keluarga yang terkenal menjelang 2040
c) Organisasi
- Menjadi sebuah organisasi contoh menjelang 2020
- Menjadi sebuah organisasi yang bertaraf dunia menjelang 2030
- Menjadi sebuah organisasi yang paling kaya di dunia menjelang 2040
d) Negara
- Menjadi negara maju menjelang 2020
- Menjadi negara paling kaya di dunia menjelang 2030
- Menjadi negara paling rendah kadar jenayah menjelang 2040
Memiliki visi adalah penting bagi memudahkan arah tujuan kita dalam menjalani kehidupan .
No comments:
Post a Comment